Akulah Tuhan Allahmu Sembahlah Aku

kabar islam update

loading...

Selasa, 03 Desember 2019

Akulah Tuhan Allahmu Sembahlah Aku

BUKAN SEORANG MURSYID

Pertanda yang menunjukkan seseorang itu bukan seorang mursyid terdapat
padanya tanda-tanda sekurang-kurangnya 8 ciri:

1 Tidak menguasai dan mengendahkan syariat seperti tidak tahu soal
pensucian atau thaharah, fardu a'in dsb
2 Memandang rendah atau melecehkan orang lain.
3 Mengambil peduli perkara remeh
4 Mengikut hawa nafsu yang membawa kepada maksiat (seperti
mengambil isteri muridnya)
5 Pekerti buruk seperti suka mengumpat
6 Pura-pura dalam setiap amalannya seperti bersolat
7 Berharap kepada manusia (minta gelaran atau pangkat dan bantuan
ekonomi)
8 Memandang rendah terhadap aulia (para wali) atau guru tasauf yang
lain.

Panduan begini penting kerana tasawuf merupakan disiplin yang amat tinggi dan banyak dugaannya.

Panduan begini penting kerana tasawuf merupakan disiplin yang amat tinggi
dan banyak dugaannya. Ia memastikan agar murid itu tidak tersesat daripada
landasan hingga terkeluar daripada sifat mukminnya. Peringatan ini diberikan
oleh Abu Yazid al-Bustami yang maksudnya:
"Andai kau melihat orang yang kononnya diberi karamah itu dapat terbang,
janganlah kau ikuti dia sehinggalah dia melaksanakan segala hukum-hukum Allah
SWT."

PENGECUALIAN

Ada ketika seseorang mursyid menunjukkan sifat luar biasa atau tidak
normal ketika jiwanya bersama Allah SWT. Ini dikatakan keadaan zhouk
(ecstasy) atau terlalu asyik. Kata-katanya seakan-akan sukar dinilai logiknya
seperti yang berlaku kepada al-Hallaj yang menyatakan 'Ana al-Haq'
(Akulah Tuhan).

Hal ini telah menggegarkan orang ramai. Akibatnya al-
Hallaj dijatuhi hukuman pancung kerana kesalahannya dari segi syariat.
Namun darahnya yang mengalir di sungai bertukar menjadi kalimah lailahaillah.

Oleh itu, murid perlu memahami sikap dan sifat gurunya.
Sebelum hukuman tadi al-Hallaj dikatakan berpesan:
"Terimalah ucapanku yang sesuai dengan ilmumu. Andai kata dapati ucapanku
bertentangan dengan ilmumu, maka jangan kau terima dan jangan kau pegangi agar
kau tidak sesat dari jalan yang benar."

Adakala amalan tasauf menghampiri mistik iaitu dunia ghaib jin. Fenomena
ini dipanggil 'istidraj'. Bantuan jin membolehkan pengamal tasauf itu
mempunyai semacam kehebatan sehingga dianggap karamah. Oleh itu
berwaspadalah.Wallahu'alam

0 comments:

Posting Komentar